MELAYU
PERLU PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN MASA DEPAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya adalah agen MAA Takaful insuran.
Bertemu
kembali dalam ruangan ini. Membaca dan menonton pelbagai berita mengenai kemiskinan orang Melayu dalam media cetak dan elektronik
menimbulkan satu keinsafan pada diri mengenai nasib bangsa Melayu. Kisah yang dipaparkan dalam media massa
menunjukkan orang Melayu sering menghadapi masalah apabila berlakunya sesuatu malapetaka terhadap mereka. Ini bukan bermakna
kaum lain tidak menghadapi masalah
yang sama tetapi bilangan orang Melayu sebenarnya lebih ramai berbanding kaum lain.
Ini amat menyedihkan dan sesuatu perlu dilakukan oleh pemimpin masyarakat dan saudara seIslam.
Umpamanya, apabila
ketua keluarga terkorban dalam kemalangan atau penyakit berbahaya maka sudah tentu ahli keluarga lain akan menghadapi masalah
dalam meneruskan kehidupan. Ini kerana tiada lagi sumber pendapatan untuk menampung keperluan ahli keluarga kerana ketua keluarga
sudah tiada. Bertambah malang lagi jika isteri tidak mempunyai
sebarang perkerjaan dan anak pula masih ramai yang bersekolah.
Wang diperlukan untuk membeli barang keperluan harian.
Wang perlu ada untuk menghantar anak ke sekolah di samping diwajibkan melunaskan hutang rumah atau kereta. Jika barang keperluan
tidak dibeli maka tiada minuman atau makanan untuk hari itu. Begitu juga jika bayaran rumah tidak diselesaikan, bank akan
pasti menunggu masa untuk melelong rumah berkenaan atau mengheret peminjam ke mahkamah. Apatah lagi sesetengah bank yang tidak
mempunyai sifat perikemanusiaan dan hanya tahu hutang yang diberikan diselesaikan segera tanpa memikirkan nasib peminjam.
Apakah punca sebenarnya masalah sebegini boleh berlaku? Kisah sedih seumpama ini boleh dielakkan atau dikurangkan
jika ada kesedaran mengenai pentingnya membuat simpanan atau mengambil insurans. Tabiat menyimpan wang adalah terpuji terutama
ketika waktu susah atau
kesempitan. Insurans pula adalah untuk perlindungan dan simpanan masa depan. Bangsa Melayu perlu
mempunyai kesedaran mengambil perlindungan terutamanya insurans nyawa bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah apabila
berlakunya sesuatu malapetaka.
Ketika ini, hanya satu juta daripada 13 juta orang Islam mengambil insurans sama ada
konvensional atau takaful. Bilangan itu amat kecil. Dua belas juta orang Islam yang tidak mempunyai insurans bakal menghadapi
masalah jika sesuatu berlaku terhadap diri mereka dan ketika itu mereka juga tidak mempunyai sebarang simpanan.
Bangsa
Melayu perlu mengambil perlindungan dan simpanan takaful kerana ia tidak mempunyai unsur-unsur gharar (was-was), maisir (judi)
dan riba. Setakat ini, ada empat pengendali takaful di negara ini iaitu Takaful Malaysia Berhad, Takaful Nasional, Takaful
Ikhlas dan Maybank Takaful. Syarikat takaful ini mempunyai Majlis Pengawasan Syariah yang
akan memastikan pelaburan syarikat
sentiasa ‘bersih dan suci’ dan bukannya dalam syarikat yang menjalankan perniagaan bertentangan
dengan syariat Islam seperti judi dan arak.
Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘takaful’
ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘takaful’
adalah katanama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’ maka ia juga bererti ‘saling
menjamin, menjaga atau memelihara.’
Menurut Akta Takaful 1984, ‘takaful’
ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan
kepada peserta jika diperlukan di mana peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. Secara amnya,
Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya adalah instrumen untuk membantu
golongan
yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.
Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan
kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.
1. Al-Qasamah.
Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas.Menurut jumhur ulama’, apabila berlaku satu pembunuhan,
tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika
tidak terdapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila
tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu
keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.
2.
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan
secara tidak sengaja atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.
3. Tabaru bermaksud
menderma secara ihklas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat
sama. Di dalam institusi Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ (derma) bertujuan.
Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya.
Pengendali menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung
Tabarru’ yang disertai oleh semua
peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi. Justeru itu,
jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
4. Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakil. Al-Wakalah adalah satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang
melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan
menjaga sesuatu perkara. Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan
menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu, juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik
Wakil bagi pihak mereka,
jika mereka memerlukannya. Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi phak
Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.
5.
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan
perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali
Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang
akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful.Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan
diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.
Bangsa Melayu perlu mengambil segera takaful agar nasib mereka
terbela pada masa akan datang. Mereka perlu sedar pentingnya untuk mengambil perlindungan insurans bagi memastikan sebarang
malapetaka yang melanda akan dapat dilindungi dengan perlindungan insurans yang diambil. Ajal maut di tangan tuhan dan oleh
itu manusia perlu bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi masa itu. Mereka juga tidak perlu malu untuk memikirkan
mengenai
kematian dan malapetaka. Lebih kuat mereka berfikir mengenai kematian lebih insaflah mereka untuk menjadi orang yang beriman
dan membuat tabungan untuk masa depan.
Orang Melayu yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila berlaku kematian
atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Bangsa Melayu perlu tahu
bahawa mereka boleh membayar perlindungan takaful mengikut kemampuan mereka dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ada
mereka yang sanggup berbelanja tinggi dalam perbelanjaan mendapatkan perkhidmatan stesen satelit atau telefon tetapi tidak
mahu untuk menyediakan bayaran takaful. Mereka sepatutnya menjadikan
perlindungan dan simpanan Takaful sebagai perkara
utama dan penting bagi memastikan keluarga mereka terjamin jika sesuatu berlaku kepada mereka.
Orang Melayu perlu
mengambil pelan takaful yang menawarkan simpanan untuk anak-anak mereka bagi memastikan ada wang untuk anak mereka meneruskan
pembelajaran di peringkat tinggi. Orang Melayu perlu memastikan mereka mempunyai pelan pelajaran untuk anak-anak mereka sejak
kecil lagi bagi membolehkan mereka mengeluarkan tabungan itu apabila pelan itu matang.
Mereka perlu mencontohi golongan
yang mempunyai kesedaran untuk mengambil pelan takaful seperti kisah Narimah (bukan nama sebenar).Narimah, seorang ibu tunggal,
mempunyai dua anak yang dijaga oleh ibunya di kampung di Rembau, Negeri Sembilan. Oleh kerana menyedari bahawa beliaulah satu-satu
sumber pendapatan keluarganya, Narimah
terus membeli pelan Takaful Nasional untuk dirinya dengan perlindungan lebih RM50,000.
Beliau membelanjakan lebih RM100 daripada pendapatannya yang kecil untuk bayaran sumbangan pelan Takaful.
Kesungguhannya
untuk memastikan pelan takafulnya terus aktif beliau akan memastikan duit yang lebih akan digunakan untuk membayar beberapa
bulan sumbangan terhadap pelan berkenaan. Malah, duit permainan kutu yang diperolehi sebanyak RM2,000 digunakan untuk membayar
sumbangan Takaful selama dua tahun bagi memastikan diri dan anaknya dilindungi oleh pelan Takaful.
Kassim (bukan nama
sebenar) terus membeli pelan Takaful untuk anaknya bagi memastikan keperluan pendidikannya tidak terabai pada masa akan datang.
Beliau mengambil pelan sarjana Takaful Nasional bagi memastikan anaknya mempunyai wang ketika berusia 18 tahun untuk digunakan
bagi melanjutkan pelajaran. Beliau tidak mahu anaknya terpaksa bergantung kepada pinjaman bank atan PTPTN untuk masuk universiti.
Kesedaran ini timbul berikutan pergaulannya dengan Fadzil (rakannya) yang mempunyai lapan pelan Takaful untuk lapan
anaknya. Malah Fadzil kini boleh tersenyum lebar kerana kesedarannya untuk membeli pelan Takaful 20 tahun lalu memberi peluang
kepada dua anaknya yang tua untuk melanjutkan pelajaran menggunakan wang pelan Takaful.
Kesimpulannya, bangsa Melayu
perlu memastikan keluarga mereka dilindungi oleh pelan Takaful sepanjang masa. Mereka perlulah berusaha mendapatkan wang untuk
membeli pelan takaful seperti juga kesungguhan untuk menyediakan wang bagi mendapatkan perkhidmatan televisyen satelit atau
bayaran untuk telefon bimbit.
Kesedaran ini penting kerana malang tidak berbau dan ajal maut ditentukan tuhan di samping
apa saja boleh berlaku dalam sekelip mata. Menerusi perlindungan takaful maka mereka boleh menggunakan wang berkenaan
untuk meneruskan kehidupan atau menyelesaikan sebarang keperluan kewangan.
1. Perbahasan Hukum Insuran Nyawa (Life Assurance):
Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan
ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah.
Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan
bantuan kerana seperti yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang
berbunyi:
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan
perlindungan
terhadap harta dan jiwa raga manusia' (Riwayat Ibnu Majah).
Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah antara beberapa bentuk amalan
kerjasama dikalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang
menanggung
kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang
daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran dalam bentuknya sekarang tidak menepati
hukum syarak. Jika konsep insuran diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan
oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah dengan kehendak syarak.
Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972,
memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oelh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat
yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang
mana
hukumnya menurut Islam adalah HARAM. Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama'
dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC), dalam
mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak
perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid.
Yang demikian,menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan
ulama' sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Mengapa
pula ulama' memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak ialah
kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli, Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi
dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah
perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun
tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad
tersebut.
Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan ma'qudalaih
(apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur
'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda
baginda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu da njual beli gharar (Riwayat Muslim).
Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada daripada tiga sebab berikut;
I.
Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang).
2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli,
dan
3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya,
caranya, banyaknya atau lain-lain.
Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 diatas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual
beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan
kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya
boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar. Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang
pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan,
tempoh
atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli
seperti ini, tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih
lagi pembeli yang menyubangkan wang.
2. Operasi Takaful
Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah
tidak berasas kepada akad jual beli. Dalam hubungan ini, peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful
dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. Apa pun
konsep takaful, seperti insurans, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau ringkasnya
saling jamin menjamin
diantara mereka.
Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu pihak ada peserta yang
melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan
akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk
membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditinpa musibah, maka opersi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan.
Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang dibawah jual beli insurans, wang
premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan.
Sesuai dengan struktur operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi
untung dalam perniagaan. Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang
dijalankan oleh syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru' (derma) sebahagian
daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.
Anda tidak
perlu risau tentang kesuntukan masa untuk berurusan kerana kami bersedia ke tempat
anda
Sila hubungi atau e-mail kami untuk sebarang pertanyaan dan temujanji
Anda
boleh hubungi kami di:
Volt_3333@yahoo.com atau 013-8729572
sila sms untuk sebarang pertanyaan ataupun untuk temujanji. sila sertakan sekali alamat e-mail
dan no. telefon untuk memudahkan kami untuk menghubungi anda